fbpx

100 ekor ikan Kelisa Emas dilepaskan di Bukit Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN (berdiri kiri) melepaskan induk ikan Kelisa Emas di Tasik Bukit Merah, Bagan Serai hari ini.

BAGAN SERAI – Sebanyak 100 ekor induk ikan Kelisa Emas bernilai RM150,000 dilepaskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia ke Tasik Bukit Merah bagi memastikan pembiakan diteruskan di tasik tersebut.

Lebih unik kesemua yang dilepaskan itu, diletakkan cip identiti dalam badan ikan sekali gus jika dikesan, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menangkap serta menjual spesis berkenaan tanpa kebenaran.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, pelepasan itu dibuat secara berperingkat sejak 17 April lalu.

Jelasnya, ikan yang dilepaskan mencapai usia tujuh tahun iaitu tempoh produktif untuk membiak dan menghasilkan telur, dengan berdasarkan penyelidikan jangka hayatnya sekitar 25 hingga 30 tahun.

“Tasik Bukit Merah merupakan habitat asal untuk ikan Kelisa Emas. Ikan ini merupakan satu komoditi yang penting untuk aktiviti perikanan di negara kita dan Perak merupakan pengeluar utama ikan kelisa dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program ramah mesra santai Ketua Pengarah Perikanan bersama pemegang taruh santuari ikan kelisa Bukit Merah dan pelepasan ikan itu di Tasik Bukit Merah di sini hari ini.

Kata Adnan, ikan kelisa adalah spesis yang dilindungi di peringkat antarabangsa dan tidak boleh didagangkan melainkan mendapat sijil yang mengiktiraf bahawa haiwan itu telah dibiakkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI