fbpx

UCL: Impian besar Manchester City musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terpaksa melupakan impian mereka untuk mengulangi kejayaan musim lalu dengan menjuarai aksi UCL musim ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui tiada kekesalan meskipun misi untuk mencatat gelaran ‘double treble’ musnah selepas tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Skuad The Citizens selaku juara bertahan gagal mara ke peringkat separuh akhir apabila tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Real Madrid selepas kedudukan agregat terikat 4-4.

Menurut Guardiola, tiada alasan mengenai kekalahan yang direkodkan selain hanya mampu mengucapkan tahniah kepada The Galacticos selepas mara ke peringkat separuh akhir musim ini.

Kata Guardiola, keputusan untuk mengeluarkan pemain utama, Kevin de Bruyne dan Erling Haaland juga bukanlah sesuatu yang perlu dikesalkan dan pasukan kini perlu terus berusaha pandang ke depan.

“Inilah hakikat yang perlu kita hadapi, ada ketika pasukan boleh menang menerusi sepakan penalti dan kemudian kita boleh tewas. Saya langsung tidak kesal dengan percaturan taktikal yang telah dibuat sepanjang perlawanan ini.

“Cuma, saya sedikit terkejut apabila Real mengambil keputusan untuk bertahan sepanjang perlawanan selepas mendahului saingan dan tidak bermain secara terbuka seperti kebiasaan.

“Apa yang menyedihkan adalah kita gagal memanfaatkan peluang terhidang dan apabila aksi terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, apa sahaja boleh berlaku tetapi pemain saya sudah berusaha segalanya.

“Mengenai Haaland dan De Bruyne, mereka berdua tidak dapat menamatkan saingan dan terpaksa digantikan pada penghujung perlawanan dan ia adalah perkara yang normal,” katanya.

Sementara itu, Guardiola mahu pasukannya fokus mempertahankan dua trofi, Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim ini.

“Kita masih mendahului carta EPL dan saingan berbaki enam perlawanan. Selain itu, tumpuan juga perlu diberikan kepada aksi separuh akhir Piala FA pada Sabtu dan saya harap pemain dapat lupakan segera kekecewaan ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI