fbpx

Piala Asia B-23: Misi hidup mati bertemu Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara tidak mempunyai pilihan kecuali menewaskan Vietnam pada aksi kedua selepas tunduk kepada Uzbekistan kelmarin. - FB FAM

SKUAD bawah 23 (B-23) kebangsaan berdepan misi ‘wajib menang’ untuk elak daripada tersingkir awal selepas tewas kepada Uzbekistan 0-2 pada aksi pertama Kumpulan D saingan Piala Asia B-23 2024 kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Khalifa itu, skuad muda Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Asia Barat yang berjaya meraih gol menerusi Jasurbek Jaloliddinov dan Ulugbek Khoshimov.

Situasi tersebut menyaksikan ‘nyawa’ pasukan kini bergantung pada perlawanan kedua bertemu Vietnam malam esok sekiranya mahu mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat suku akhir.

Vietnam dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan wakil Asia Barat, Kuwait untuk memulakan kempen dengan langkah kanan.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido mengakui barisan pemain perlu menggandakan usaha jika berhasrat untuk meraih keputusan positif pada aksi kedua nanti.

“Ini bukanlah perlawanan yang mudah kerana kami berdepan salah satu pasukan terbaik dalam kejohanan. Nasib tidak menyebelahi pasukan apabila dibolosi dengan jaringan penalti awal.

“Pada separuh masa pertama, kami tidak mengatur serangan seperti yang diharapkan. Justeru, saya mahu pemain meningkatkan prestasi mereka agar keputusan yang lebih baik.

“Perlawanan kali ini jelas lawan ternyata berada dalam keadaan bersedia dan jauh lebih baik, tetapi kita masih berpeluang andai meraih kemenangan pada aksi seterusnya nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali Uzbekistan, Timur Kapadze memuji prestasi pasukan untuk meraih kemenangan moral ke atas Malaysia yang dianggap cukup penting sebagai aksi pembuka tirai kali ini.

“Mana-mana kejohanan, perlawanan pertama adalah aksi yang sukar dan pujian wajar diberikan kepada Malaysia kerana berjaya berikan tentangan sengit,” katanya,” katanya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI