fbpx

MAS kembali batalkan beberapa laluan ke Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 semalam selepas beberpaa penerbangan ke Sabah dibatalkan semalam. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) hari ini membuat keputusan membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia.

Antara penerbangan yang dibatalkan hari ini membabitkan penerbangan antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Turut terjejas ialah penerbangan antara Kuala Lumpur ke Tawau dan Sandakan serta sebaliknya.

Menurut MAS, beberapa penerbangan yang dijadualkan hari ini dibatalkan selepas mengambil kira cuaca dan keselamatan operasi walaupun telah berusaha memulihkan operasi secepat mungkin.

“Semua penerbangan lain hari ini kekal mengikut jadual.

“Kemas kini akan diberikan di laman web MAS secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas sekiranya terdapat sebarang perubahan pada penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini MAS mengumumkan ia telah memulakan penerbangan semula secara beransur-ansur ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak petang semalam.

Penumpang MAS dinasihatkan untuk mengemas kini butiran di laman web MAS untuk menerima kemas kini pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI