fbpx

Lelaki beri makanan percuma 40 tahun di Madinah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Sheikh Abu di Madinah. - Foto Media Sosial

RIYADH – Seorang warga emas lelaki yang memberikan minuman panas dan makanan  percuma kepada pengunjung di kota Madinah termasuk Masjid Nabawi selama hampir empat dekad telah meninggal dunia, lapor portal berita Gulf News kelmarin.   

Sheikh Abu Al Sebaa yang dilahirkan di bandar Hama, Syria meninggal dunia ketika berumur 96 tahun, manakala punca kematiannya tidak didedahkan.

Rutin hariannya melibatkan penyediaan kopi, teh, susu dan roti dalam kuantiti yang banyak.

Minuman dan makanan itu kemudian diagihkan dari kiosknya berhampiran Masjid Quba.

Dia juga akan membawa sejumlah besar kurma dan halia.

Dalam banyak wawancara, Sheikh  Abu berkata, dia memberikan makanan dan minuman itu ikhlas kerana Allah dan  tidak menerima  pampasan kewangan daripada mana-mana pihak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI