fbpx

KLIA 2 terkawal, penumpang terjejas dimaklum awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang membuat pendaftaran masuk untuk berlepas ke Sabah dan Sarawak selepas penjadualan semula penerbangan yang tergendala berikutan letupan Gunung Ruang, Indonesia di KLIA Terminal 2 hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Suasana di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 dilaporkan terkawal ketika ini meskipun syarikat penerbangan AirAsia membatalkan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak hari ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di Terminal 2, jumlah penumpang yang terkandas pada hari ini dilihat tidak seramai semalam memandangkan rata-rata mereka sudah dimaklumkan dengan lebih awal menerusi mesej dikeluarkan AirAsia.

Rata-rata penumpang yang ditemui bagaimanapun enggan ditemubual, namun menyifatkan ia adalah di luar kawalan dan tindakan diambil pihak penerbangan demi keselamatan penumpang dan kru bertugas.

Terdahulu, AirAsia membatalkan 59 penerbangan milknya melibatkan laluan ke Sabah dan Sarawak termasuk laluan antarabangsa seperti Singapura, Shenzen, Hong Kong dan Taipei.

Susulan itu, AirAsia dalam satu kenyataan berkata, semua penumpang terjejas dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus selain digalakkan untuk menyemak e-mel dan telefon bimbit berdaftar mereka untuk pemberitahuan pembatalan.

Selain itu, MAS turut membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah selepas mengambil kira cuaca dan keselamatan operasi.

Sebelum ini MAS mengumumkan ia telah memulakan pengembalian semula secara beransur-ansur penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan sejak petang semalam.

Penumpang MAS dinasihatkan untuk mengemas kini butiran di laman web MAS untuk menerima kemas kini tepat pada masanya dari semasa ke semasa melalui e-mel dan SMS.

Untuk meminimumkan kesulitan disebabkan pembatalan yang tidak dijangka, MAS menawarkan pelanggan yang terjejas perubahan satu kali pada jadual perjalanan mereka secara percuma, atau memilih bayaran balik penuh tanpa mengira keluarga tambang mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI