fbpx

Israel serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENTERA Israel berdiri di sisi sebuah peluru berpandu balistik Iran yang jatuh di bandar Kiryat Malachi, Israel pada hujung minggu lalu. – AFP

WASHINGTON – Israel melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan Teheran pada hujung minggu lalu, demikian menurut media Amerika Syarikat (AS)  hari ini.

Saluran berita ABC dan CBS News melaporkan serangan itu dengan memetik kenyataan beberapa pegawai AS. White House atau Pentagon bagaimanapun masih berdiam diri tentang perkembangan tersebut.

Iran mengaktifkan sistem pertahanan udara di beberapa buah bandarnya, lapor media kerajaan, selepas badan penyiaran rasmi Teheran menyatakan bahawa letupan berlaku  di bandar Isfahan, tengah Iran.

Tel Aviv sebelum ini memberi amaran  akan menyerang balik selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu dan dron ke arah  Israel pada hujung minggu lalu, namun kebanyakannya telah dipintas.

Serangan Teheran itu bagi membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI