fbpx

Bincang bawa balik rakyat Malaysia di Iran jika situasi cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir bermesra bersama jemaah kanak-kanak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini. - Foro oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran sekiranya situasi mencemaskan di negara tersebut.

Beliau berkata, perkara itu susulan laporan antarabangsa berhubung peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran.

“Petang ini kita akan bincang dengan Menteri Kuar, kalau ada keadaan cemas, kita akan bawa pulang (rakyat Malaysia),” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Dalam masa sama, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa tindakan Zionis Israel yang zalim menyerang Pejabat Kedutaan Iran di Damsyik, Syria melanggar semua peraturan antarabangsa.

“Tetapi kalau tengok naratif negara barat hampir sama sekali tidak ada bantahan. Iran gunakan alasan itu untuk serang walaupun keadaan terkawal. Israel menggunakan naratif ini hanya jawapan tindak balas Israel terhdapa Iran.

“Pertama, pendirian kita mesti mengutuk serangan terhadap kedutaan. Kedua, kita mahu kedamaian. Ramai terkesan bukan sahaja di Asia Barat, dunia arab, bahkan seluruh dunia,” katanya.

Anwar berkata, konflik tersebut juga menyebabkan harga minyak melambung tinggi selain kos pengangkutan meningkat.

“Sebab itu kita desak supaya dijamin keamanan dan hentikan tindakan agresif keganasan Israel yang terus berlaku kerana keengganan kuasa besar terhadap mengawal tindakan zalim, ganas dan agresif Israel,” tegasnya.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran.

Agensi berita Iran FARS dilaporkan berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran, tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI