fbpx

Bapa sumbat mulut bayi dengan kain tiba di mahkamah untuk didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Bandar Baru Bangi sebentar tadi.

BANGI – Bapa kandung yang tergamak mendera anak berusia enam bulan hingga maut di sebuah rumah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Ahad lalu tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi untuk pendakwaan pagi ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu tiba pukul 9.16 pagi serta dilihat memakai baju-T warna hitam dengan tangan bergari serta diiringi pihak polis.

Sebelum ini media melaporkan, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan bayi lelaki berusia enam bulan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah pangsapuri sekitar Bandar Tasik Kesuma, Beranang pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman dipetik dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, tiada kecederaan dikesan pada badan mangsa sebelum dihantar ke Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa.

Sumber sebelum ini memberitahu, bayi malang itu mengalami keretakan di kepala akibat dihentak pada sofa.

Selain kecederaan itu, mulut mangsa juga disumbat dengan kain, badan ditelangkup sebelum dibiarkan dalam bilik tanpa dipasang kipas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI