fbpx

Wanita bawa mayat pergi bank buat pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Erika mendakwa bahawa Paulo masih hidup ketika dia dibawa ke bank. – O Globo

BRASILIA – Seorang wanita di Brazil ditahan kerana membawa mayat seorang lelaki ke kaunter sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menggunakan nama si mati, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada kelmarin, Erika de Souza Vieira Nunes, 42, tiba di sebuah bank di kota raya Rio de Janeiro bagi ‘membantu’ Paulo Roberto Braga, 68, mendapatkan pinjaman bank berjumlah 17,000 real (RM15,512).

Erika mendakwa bahawa lelaki berkerusi roda itu ialah bapa saudaranya dan dia penjaga utama warga emas tersebut.

Ketika mahu menandatangani beberapa dokumen pengesahan, Erika dilihat memegang tangan Paulo dan bertanya beberapa soalan yang tidak dijawab oleh lelaki itu.

Keadaan itu menimbulkan rasa curiga pegawai bank, dengan salah seorang kakitangan merakam situasi tersebut.

“Mungkin dia tidak sihat,” kata pegawai bank berkenaan.

“Pak cik saya sihat sahaja, dia cuma sedikit pendiam,” jawab Erika sebelum kakitangan bank menghubungi perkhidmatan kecemasan dan polis.

Anggota paramedik kemudian mengesahkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia beberapa jam sebelumnya, manakala Erika ditahan dan didakwa kerana cuba menipu.

Peguam Erika semalam memberitahu pemberita bahawa Paulo masih hidup ketika dia dibawa ke bank dan dia hanya meninggal dunia ketika proses kelulusan pinjaman berlaku.

Bagaimanapun, polis menegaskan bahawa Erika sedar bahawa Paulo sudah tidak bernyawa ketika dia dibawa ke bank dan wanita itu berniat mahu menipu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI