fbpx

K2

Suami gay, perlukah isteri minta cerai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Assalamualaikum, saya telah berkahwin dengan suami hampir dua tahun. Sebelum ini, saya hanya mengesyaki suami seorang gay atas beberapa faktor. Akan tetapi, baru-baru ini saya dapat mengesahkannya apabila suami sendiri mengaku. Apakah yang saya perlu lakukan? Adakah saya perlu meneruskan perkahwinan ini kerana saya berasa amat kecewa?

JAWAPAN: Dalam kes ini, suami wajib bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut.

Namun, sekiranya perkara ini masih berlarutan, tindakan mengikut undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan yang ada.
Ini kerana, status perkahwinan itu dianggap tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan.

Sifat kafaah (sekufu) dalam membuat pilihan pasangan adalah satu perkara yang penting bagi kelangsungan hidup di dalam rumah tangga.

Seorang suami yang fasiq tidak sama taraf dengan isteri yang solehah.

Firman Allah SWT: “(Jika demikian halnya), maka adakah orang yang beriman sama seperti orang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).” Surah al-Sajadah (18)
Imam Zakaria al-Ansori menyatakan di dalam kitabnya bahawa kesolehan dan iffah iaitu penjagaan maruah diri sebagai salah satu dari aspek sekufu bagi setiap pasangan.
Beliau menyebut: “Seorang yang fasiq itu tidaklah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri. Orang yang menjaga maruah diri itu adalah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri juga.” (Rujuk: Fath al-Wahhab, 2/47)

Dalam hal ini, isteri wajib memberi nasihat kepada suami agar kembali bertaubat dan berazam tidak akan melakukan perbuatan songsang itu.

Namun, sekiranya perbuatan itu masih dilakukan oleh suami, isteri diberi hak menuntut fasakh melalui peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam. Di dalam seksyen 52 (h) (ii) yang menyebut: “Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh jika suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

“Antara lain, berkawan dengan perempuan atau lelaki berperangai jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum syarak.”

Berdasarkan perbahasan di atas, keadaan suami seperti melakukan perbuatan tidak bermoral, berkelakuan songsang dan seumpamanya merupakan dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh hukum syarak.

Suami hendaklah segera bertaubat daripada dosa yang dilakukannya itu dan kembali beramal soleh, nescaya Allah SWT akan menggantikan dosanya dengan amal kebaikan, sebagaimana firman Allah SWT:

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Furqan, 70)

Jika perbuatan tersebut masih berlarutan, status perkahwinan itu adalah tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan.

Seorang yang fasiq dan suka melakukan perbuatan maksiat tidak sekufu dengan seorang yang mengikut syariat yang benar dan sentiasa melakukan amal-amal soleh.

Tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan perundangan yang telah termaktub dengan merujuk kepada pengamal undang-undang syariah. Wallahu A’lam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI