fbpx

Salam Perantauan 18 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga, rakan-rakan serta saudara yang berada di Malaysia. Semoga sihat dan ceria di hari lebaran.
Salam tulus ikhlas.

Daripada: Aizuddin, Syazwani,
Alya Insyirah, Nazmi dan Nazran
Lokasi: County Durham,
United Kingdom

 

Kami ingin mengucapkan salam Syawal dari perantauan buat ahli keluarga tercinta dan semua yang mengenali. Kami dengan rendah hati menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan diri. Semoga lebaran kali ini memberi makna yang lebih besar kepada kita semua.

Daripada: Mohd. Azeem dan
Tengku Puteri Nurqamarina
Lokasi: Doha, Qatar

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin diucapkan buat abang, Kak Ha, Abang Lan, Kak Ya, Marini, Zeri, Ammara, Ameena serta keluarga mentua di Melaka dan Kelantan.
Tidak lupa juga buat sanak saudara, sahabat handai dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh rasa kesyukuran.

Daripada: Mejar Azham Mohamad
Lokasi: UNP 2-1, Kem Marakah, Selatan Lubnan

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari bumi Cork, Ireland. Kami harap orang tersayang di Malaysia merayakan Syawal dengan penuh kegembiraan dan tidak perlu risaukan kami yang berada jauh di perantauan.
Walaupun kami jauh dari rumah, namun kehadiran rakan-rakan di sini membuatkan semangat raya tetap subur di jiwa dan sanubari.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Beannachtaí Eíd ort.

Daripada: Persatuan Pelajar
Malaysia Cork
Lokasi: Cork, Ireland

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI