fbpx

Pistol mengakibatkan kematian anak KPD Lahad Datu disimpan dalam almari berkunci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun memaklumkan sisatan polis mendapati senjata api dikaitkan dengan kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, baru-baru ini disimpan di dalam almari berkunci.

Jauteh menyatakan siasatan polis membabitkan dua sudut berbeza dilakukan iaitu kecuaian penggunaan dan kecuaian penyimpanan senjata api berkenaan.

“Namun, dalam siasatan kes ini, aspek kecuaian penggunaan senjata api tidak dapat ditekankan. Hal ini ekoran kejadian bukan dilakukan oleh pemilik senjata api yang berkelayakan. Siasatan juga menjurus kepada kecuaian penyimpanan senjata api.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada timbul isu kecuaian daripada aspek itu. Siasatan ketika ini hanya mendapati senjata itu disimpan di dalam almari yang berkunci di dalam bilik utama kediaman terbabit.

“Mangsa adalah anak bongsu dan biasa dengan bilik itu dan kita belum kenal pasti cara mangsa boleh membuka almari terbabit. Mungkin ada terjumpa kunci. Perkara itu masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Jauteh turut memaklumkan pistol jenis Walther P99 itu yang dirampas selepas kejadian bukanlah pistol peribadi malahan sebaliknya pistol pasukan yang dibekalkan kepada KPD Lahad Datu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI