fbpx

MTUC gesa kerajaan segera perkenal SKBBK lindungi hak pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menyegerakan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

Presidennya, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, skim itu adalah sebagai langkah proaktif melindungi hak-hak pekerja terutamanya selepas melihat peningkatan kes kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.

Tegasnya, perlindungan perkerja di luar waktu bekerja perlu diperkenal seiring dengan hasrat kerajaan memperkasa kesejahteraan rakyat meliputi pelbagai golongan.

“Kita perlu berganding bahu agar pewujudan satu lagi skim keselamatan sosial yang khusus dengan skop perlindungan yang lebih luas di luar waktu bekerja.

“Ia berupaya memberi perlindungan menerusi bayaran pampasan untuk rawatan perubatan, gantian pendapatan dan sokongan kewangan kepada mereka yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd. Effendy, sekiranya kerajaan merealisasikan skim berkenaan, ia tidak hanya akan meningkatkan taraf kesejahteraan pekerja sebaliknya memanifestasikan usaha memastikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

“Ia langkah progresif yang perlu dititikberatkan memandangkan banyak bencana berlaku ke atas pekerja dalam kes tuntutan faedah di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4) ditolak berikutan ia tidak diiktiraf sebagai bencana kerja.

“Pada masa sama, perlindungan bagi SKBBK ini adalah seiring dengan Konsep 3K Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) iaitu Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja yang dicetuskan oleh Menteri KESUMA, Steven Sim Chee Keong,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI