fbpx

Menyanyi bantu tingkat memori, kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aktiviti menyanyi merupakan satu langkah pencegahan terbaik dalam merawat masalah emosi dan mental seseorang.

Menurut pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan, menyanyi mampu memberi aura positif terhadap diri terutama kepada kesihatan.

“Ia membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi, meningkatkan imuniti badan dan mempengaruhi fungsi paru-paru secara lebih baik.

“Selain itu, menyanyi juga mampu meningkatkan memori bagi mereka yang mengalami masalah dementia,” katanya katanya menerusi perkongsian di kumpulan Telegram.

Katanya, manfaat lain yang diperoleh daripada aktiviti menyanyi secara berkumpulan pula adalah, mampu mengeratkan perhubungan antara kawan, keluarga serta individu disekeliling.

“Menyanyi turut membantu mengurangkan kesakitan yang dialami secara dalaman,” jelasnya.

Tambah Dr. Ahmad Samhan, aktiviti menyanyi antara hobi yang disarankan untuk memperbaiki kesihatan mental dan emosi seseorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI