fbpx

LPP mohon tambah kuota beras putih tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azulita menandatangani plak sempena Majlis Perasmian Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Negeri di Ipoh, hari ini.

IPOH – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon tambahan kuota beras putih tempatan (BPT) jika bekalan sedia ada yang diperuntukkan tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, ketika ini LPP menerima kuota 2,500 metrik tan BPT setiap bulan hingga hujung tahun ini.

“Langkah yang dibuat kerajaan ini (menambah kuota) merupakan satu tindakan yang baik. Alhamdulillah, beras yang kita pasarkan mendapat sambutan baik daripada rakyat,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Peladang Outlet Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua beras itu dipasarkan kepada pengguna di semua Peladang Outlet (PO), kedai-kedai peladang dan Peladang Premium Outlet (PPO) di seluruh negara.

“Beras ini dijual di bawah harga lantai iaitu RM26. Jadi, orang ramai boleh mendapatkan beras berkenaan di mana-mana outlet kita di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Azulita berkata, pembukaan PPO yang pertama di Perak membabitkan jualan produk-produk berkualiti usahawan PPN.

Katanya, selain di Perak, PPO turut terdapat di Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI