TERGELAK besar Mizz Lahar apabila seorang rakan yang kaki drama menunjukkan komen tidak puas hati peminat terhadap pemilihan pelakon yang membawakan watak ‘anak ikan’ dalam naskhah Lelaki Itu yang tengah panas sekarang.
Ikut pemahaman, ‘anak ikan’ adalah gelaran untuk lelaki muda yang menjadi peneman wanita atau lelaki gersang tetapi menurut penggemar drama tersebut, pelakon yang bawa watak sebegitu biasanya cuma pelakon tambahan.
Katanya bukanlah nak pertikaikan selera produser, cuma sebagai kaki drama dia nak tengok peranan itu digalas wajah popular.
Kalau tengok komen netizen, ada yang menggelar anak ikan ditonjolkan dalam beberapa drama sekarang lebih kepada kura-kura yang membawa simbolik menyedihkan.
Harapnya pengarah dan penerbit faham kemahuan peminat, kalaulah tarik Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Meerqeen atau Amir Ahnaf jadi anak ikan, kan syok.
Mizz Lahar: Apa kes kata ada selebriti mahu berhijrah ke luar negara demi nak duit lebih.