fbpx

Kumpulan motosikal sesat di kawasan sama 3 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan itu dilihat melalui jalan yang dikelilingi semak-samun dan gelap serta jalan tidak berturap. – X

JAKARTA – Sekumpulan penunggang motosikal mengalami detik misteri apabila sesat di sebuah kawasan perkampungan selama tiga jam ketika mencari jalan alternatif menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Cukangkawung, Tasikmalaya, dalam wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik, kumpulan itu dilihat melalui jalan yang dikelilingi semak-samun dan gelap serta tidak berturap.

Mereka dikatakan menggunakan  Google Maps untuk mencari laluan alternatif. Menurut aplikasi tersebut, perjalanan menggunakan laluan itu hanya memakan masa selama 40 minit.

“Kumpulan ini mencari jalan alternatif, namun mereka hanya berpusing-pusing selama tiga jam di Kampung Cukangkawung,” kata keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan sebilangan netizen mengaitkannya dengan kejadian mistik.

“Ia sangat misteri,” kata seorang netizen.

Namun, ada juga netizen yang berpendapat perkara itu berlaku disebabkan aplikasi Google Maps mengalami masalah dan isyarat internet tidak stabil.

“Google Maps di kawasan pedalaman memang selalu bermasalah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI