fbpx

KLIA 2 sesak, ribuan penumpang ke Sabah, Sarawak terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kira-kira 2,000 penumpang dilaporkan terkandas bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.

SEPANG – Suasana sesak dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 apabila ribuan penumpang dilaporkan terkandas bagi penerbangan ke Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di KLIA Terminal 2, penumpang terjejas dilihat masih berkumpul di ruang pelepasan bagi mendapatkan perkembangan terkini susulan pembatalan penerbangan itu.

Difahamkan, antara penerbangan Air Asia yang terjejas melibatkan laluan antara Kuala Lumpur ke Tawau selain laluan Tawau- Kuala Lumpur, Tawau- Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Tawau.

Ia turut melibatkan laluan bagi penerbangan ke Sandakan, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching dan Brunei yang dijangka terjejas sehingga pukul 8 pagi esok.

Sebelum ini, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KUL) ke Sabah dan Sarawak berikutan letusan gunung berapi itu.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa yang sedang berlaku dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini.

Maklumat lanjut mengenai pembatalan penerbangan akan dibuat di sini (aplikasi X) dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI