fbpx

Indonesia tutup lapangan terbang dekat Gunung Ruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Gunung Ruang hari ini selepas letusan besar berlaku semalam. – AFP

JAKARTA  –  Lapangan terbang antaranbangsa terletak paling dekat dengan  sebuah gunung berapi yang meletus lima kali sejak beberapa hari lalu telah diarahkan ditutup selama 24 jam disebabkan abu gunung berapi, kata kementerian pengangkutan hari ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi bandar Manado yang terletak lebih 100 kilometer dari Gunung Ruang diarah ditutup sehingga sekurang-kurangnya petang ini.

“Ia berikutan penyebaran abu gunung berapi yang boleh membahayakan keselamatan pesawat,” kata ketua pejabat pihak berkuasa penerbangan rantau Manado, Ambar Suryoko dalam satu kenyataan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI