fbpx

Ibu didakwa beri anak perempuan duit poket hampir RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah kedai pakaian di China. - Foto AFP

BEIJING – Seorang bekas pengacara televisyen China, Li Xiang yang kini menjadi ahli perniagaan wanita  mengundang pelbagai reaksi kerana memberikan elaun bulanan kira-kira 150,000 yuan (RM99,075) kepada anak perempuannya, Angela Wang Shiling, lapor portal berita VnExpress kelmarin.

Xiang, 48, juga membelikan pakaian jenama berprestij kepada anak perempuannya yang berusia 14 tahun itu.

Akhbar The South China Morning Post melaporkan, bekas pengacara itu berpegang kepada pepatah Cina dahulu kala tentang cara untuk membesarkan anak.

Pepatah itu menyatakan bahawa walaupun anak lelaki harus dibesarkan dalam situasi jimat cermat, namun anak perempuan harus menikmati kekayaan harta benda.

Selepas menyiarkan gambar anak perempuannya sedang bercuti pada akhir Mac lalu di media sosial, netizen mendedahkan kos pakaian Wang.

Mereka menyatakan bahawa pakaian bercorak kotak ungu anak perempuannya itu berharga  25,337 yuan (RM16,735), blaus putih berharga 13,754 yuan (RM9,084),  manakala harga skirt yang dipakai pula ialah 14,478 yuan (RM9,564). 

Selain itu, harga aksesori Wang pula sekitar  39,815 yuan (RM26,303).

Beberapa netizen mengkritik tentang pakaian mahal anak perempuannya, manakala sebilangan lagi  mengidamkan gaya hidupnya yang mewah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI