fbpx

[VIDEO] Gunung Ruang meletus, Indonesia keluarkan amaran tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar GUNUNG Ruang menghamburkan lahar panas dan asap di Pulau Sangihe. - Foto AFP

JAKARTA  – Pihak berkuasa  Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara meletus  dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara dalam bencana yang memaksa beratus-ratus penduduk berpindah, lapor akhbar The Guardian semalam.

Menurut agensi vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang meletus buat kali pertama pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin disusuli empat  letusan lain semalam.

Beberapa pegawai berkata, mereka bimbang sebahagian daripada gunung berapi itu mungkin runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang berlaku pada 1871. 

Pulau Tagulandang di perairan  timur laut Gunung Ruang sekali lagi berdepan risiko dilanda tsunami, memaksa penduduknya berpindah.

Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana  empat peringkat.

“Berdasarkan pemerhatian visual dan bacaan  yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan dalam satu kenyataan.

Tiada laporan mengenai  kematian atau kecederaan setakat semalam.

Bagaimanapun,  lebih 800 orang dari dua perkampungan di Pulau Ruang telah dipindahkan  ke lokasi berhampiran, Pulau Tagulandang  yang terletak lebih 1.6 kilometer ke utara ibu kota wilayah Sulawesi Utara, Manado. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI