fbpx

‘Dok pahang’ maksudnya tidak faham, bukan di Pahang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi berucap pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini sekali lagi menafikan beliau berpoligami  seperti khabar angin yang tersebar di media sosial kerana isterinya masih seorang.

Beliau juga tidak menyangka hantaran Dok Pahang dibuatnya di media sosial mengenai saranan berkahwin pada Syawal sebelum ini mencetuskan polemik tentang poligami itu.

Menjelaskan lebih lanjut kata beliau, banyak yang tersalah tafsir ‘dok pahang’ yang sebenarnya membawa maksud, tidak paham, dalam loghat Terengganu.

“Saja ja tak ada apa kan? Sudah jadi polemik dua patah perkataan sahaja sebenarnya dok pahang itu tidak faham bahasa Arab. Saya cakap ‘dok pahang’ sebab saya balik kampung isteri di Terengganu.

“Depa kata saya dok di Pahang bila saya pergi Pahang. Saya tak pergi Pahang pun. Dok pahang, tak faham (bahasa Terengganu) bukan dok Pahang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar di Seri Mentaloon, di sini hari ini yang dihadiri lebih 100,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, beliau berseloroh bahawa isterinya kini masih satu kerana sudah terlambat untuk berkahwin lagi pada Syawal ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai dakwaan Muhammad Sanusi yang sudah berkahwin lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI