fbpx

Cuaca cerah, baik hampir seluruh Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca cerah dan tiada hujan di kebanyakan negeri di Semenanjung.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kebanyakan kawasan itu melibatkan di Johor, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurutnya, hujan lebat hanya berlaku di sepanjang persisiran pantai barat iaitu di Kedah, Perak dan Pulang Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dijangka berterusan sehingga tengah hari nanti.

“Selain itu, di Sabah dan Sarawak juga dalam keadaan baik, namun berlaku hujan lebat di tengah negeri Sarawak melibatkan Sibu, Mukah, Miri, Kapit dan Bentong.

“Dalam pada itu, pengurangan hujan lebat dan gelombang haba telah melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan utara Terengganu serta di sekitar pedalaman Sabah yang kini diletakkan pada tahap satu berjaga-jaga,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak di sekitar Miri, Limbang dan Kapit pada waktu petang sehingga malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI