fbpx

Air Empangan Mengkuang sedia dilepaskan – PBAPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Mengkuang yang diperbesarkan adalah empangan rizab kemarau strategik di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersiap sedia melepaskan rizab kemarau strategik Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) sekiranya tidak dapat mengabstrak air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. K.Pathmananthan berkata, PBAPP akan melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD jika ia tidak dapat mengabstrak air mentah yang mencukupi.

Katanya, pada Selasa lalu, paras Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang PBAPP di Seberang Perai turun kepada 1.72 meter, iaitu di bawah paras selamat 2.0 meter.

”Di Kedah, SADA mengumumkan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) telah meningkatkan jumlah air yang dlepaskan dari Empangan Beris ke Sungai Muda, daripada 864 JLH kepada 1,296 JLH.

“Semalam, paras air Sungai Muda turun kepada 1.61 meter di Lahar Tiang. PBAPP terus mengabstrak air mentah yang mencukupi daripada sungai tanpa menggunakan EMD.

“Walaubagaimanapun, PBAPP juga berjaya menjalankan percubaan pelepasan dari EMD sebagai persediaan untuk senario kes yang lebih teruk,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, EMD berfungsi sebagai sumber sokongan cuaca kering yang boleh digunakan jika PBAPP tidak dapat mengabstrak air yang mencukupi dari Sungai Muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI