fbpx

Wendy berat hati tinggal kolam renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENDY (kiri) akan mengalihkan fokus dengan melatih generasi muda selepas mengumumkan persaraan kelmarin.

ATLET terjun berpengalaman negara, Wendy Ng Yan Yee mengambil keputusan mengumumkan persaraan selepas dua dekad berkecimpung dalam ­sukan akuatik itu selain tiga kali menyertai temasya Sukan ­Olimpik.

Bagaimanapun, ia bukanlah pengakhiran buat atlet berusia 31 tahun itu dalam sukan tersebut memandangkan dia akan terus melibatkan diri bagi mencungkil bakat-bakat baharu dengan me­latih generasi muda.

Justeru, Wendy berharap persaraannya sebagai atlet kebangsaan akan manjadi permulaan baharu dalam hidupnya berbekalkan kejayaan yang pernah dikecapi ketika menggalas tanggungjawab bersama ­negara.

“Secara jujur, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya sudah bersama pa­sukan negara selama 17 tahun selain berkecimpung dalam sukan ini selama 20 tahun tetapi inilah kehidupan. Satu hari nanti perlu dilepaskan juga.

“Perancangan saya selepas ini adalah menjadi tenaga pengajar kepada latihan renang untuk bayi selain menjadi jurulatih bagi sukan terjun. Ini perancangan saya sementara menamatkan pe­ngajian ijazah sarjana,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Wendy yang pernah menyertai tiga Sukan ­Olimpik secara berturut-turut sejak edisi 2012 di London mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun menerusi laman media sosialnya kelmarin.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu memiliki pencapaian cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan apabila pernah me­rangkul empat pingat perak ­Sukan Asia dan satu perak Sukan Komanwel.

Pencapaian Wendy di peringkat Asia Tenggara juga tidak perlu dipertikaikan apabila berjaya memenangi tujuh pingat emas serta tiga perak sepanjang pe­nyertaannya di Sukan SEA.

“Bagi saya, kenangan paling manis sepanjang bergelar atlet adalah dapat mewakili negara dalam setiap pertandingan dan menunjukkan kemampuan kita kepada dunia,” tambah Wendy yang merupakan pakar dalam acara 3 meter papan anjal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN