fbpx

Tunku Mahkota Ismail berkenan derma rumput hibrid di SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh dan Windsor melakukan lawatan di padang Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan mendermakan rumput jenis hibrid yang digunakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi dalam satu kenyataan berkata, Baginda bertitah demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, semalam.

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin di sini, Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut dimuat naik dalam Facebook rasmi milik baginda, HRH Crown Prince of Johor.

Menurut kenyataan yang sama, rumput Zeon Zoysia yang didermakan baginda kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN