fbpx

Satu das tembakan terkena dada punca kematian anak KPD Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Terkena satu das tembakan pada bahagian dada menjadi punca anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, maut dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tabanak, Lahad Datu, semalam.

Keputusan itu diperoleh hasil proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais berkata, hanya satu das tembakan dilepaskan berkait insiden itu.

“Terdapat luka tembak pada dada kanan mengenai organ paru-paru dan tembus di bahagian belakang badan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan luka tembakan pada bahagian dada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Shahurinain memaklumkan pihaknya merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Walther P99 yang dikaitkan dengan insiden berkenaan.

Jelasnya, siasatan masih dijalankan dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Menurutnya , tiga saksi sudah memberi keterangan untuk membantu siasatan polis namun beliau enggan mendedahkan identiti mereka.

Terdahulu, media melaporkan anak perempuan KPD Lahad Datu ditemui maut dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya pada pukul 12.42 tengah hari.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI