fbpx

PM pengerusi mesyuarat isu agih peruntukan Ahli Parlimen pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat petang ini, bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Difahamkan, mesyuarat itu akan berlangsung pada pukul 5.30 petang ini di pengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana.

Ia akan turut disertai oleh semua pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Rabu ini.

Katanya, ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI