fbpx

Operasi perniagaan CTOS tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shin Mei (dua dari kiri) bersama Tony Fernandes (dua dari kanan) pada majlis pelancaran CTOS Verified di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Operasi perniagaan syarikat penyedia maklumat kredit, CTOS Data Systems Sdn. Bhd. (CTOS) tidak terjejas susulan keputusan Mahkamah Tinggi Mac lalu, yang mengarahkan syarikat itu membayar pampasan RM200,000 kepada seorang pengarah resort di­sebabkan penarafan kredit tidak tepat.

Ketua Pegawai Operasi CTOS, Lee Shin Mei berkata, perniagaan syarikat berjalan seperti biasa dan pihaknya mematuhi perkara yang digariskan Akta Agensi Pelaporan Kredit (CRAA) untuk melakukan perniagaan.

“Perniagaan seperti biasa… Kami ditadbir bawah CRAA,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran CTOS Verified, yang menawarkan tanda kredibiliti digital buat syarikat menerusi penggunaan logo CTOS Verified.

Melalui kerjasama AirAsia Academy, pelanggan CTOS Verified turut menikmati akses kepada acara perangkaian bertaraf nasional, bengkel dan sesi pem­belajaran serta peningkatan kemahiran di Airasia Academy.

Menurut Shin Mei, pihaknya kini memiliki sekitar 22,000 pe­langgan daripada kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan menyasarkan antara 2,000 hingga 3,000 pelanggan ­PKSnya bakal menyertai CTOS Verified menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, seperti mana kejayaan model kos rendah di sebalik jenama AirAsia selama lebih 20 tahun, beliau percaya terdapat model kos rendah untuk sektor pendidikan.

“Pendidikan mampu menjadi pintu masuk yang membuka kepada peluang tanpa had.

“Airasia Academy telah be­kerja tanpa jemu untuk mendemokrasikan pendidikan, menawarkan kursus yang boleh diakses bagi merapatkan jurang keperluan ekonomi digital.

“Melalui perkongsian de­ngan CTOS, kami menjangkakan dapat melengkapkan PKS yang telah menerima CTOS Verified dan komuniti perniagaan yang lebih luas dengan alat yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran dan kecekapan teknologi mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI