fbpx

LRT Kelana Jaya kembali beroperasi mulai 6 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan susulan sistem bekalan kuasa disambar petir, petang tadi bakal beroperasi seperti biasa mulai pukul 6 pagi esok.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, kekerapan LRT akan kembali beroperasi secara normal dengan kekerapan tren tiga minit pada waktu puncak dan tujuh minit bagi waktu luar puncak.

“Beberapa fasiliti seperti eskalator dan lif di stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia dan Asia Jaya masih lagi belum berfungsi.

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan. Bagi penumpang-penumpang yang memerlukan bantuan khusus, sila berhubung dengan petugas-petugas stesen dan anggota Polis Bantuan,” katanya.

Sehubunhan itu, Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.

“Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585 atau berhubung menerusi platform media sosial Rapid KL,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI