fbpx

Lelaki seludup 20 iPhone dijel 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATUS dijel empat tahun selepas didapati bersalah menyeludup 20 iPhone 15 ke Vietnam. - Foto VnExpress

HANOI – Seorang lelaki Thailand dijatuhi hukuman penjara empat tahun di Da Nang, Vietnam kerana cuba menyeludup 20 telefon pintar jenama iPhone dengan melepasi pemeriksaan kastam, lapor laman berita VnExpress semalam.

Natus Temmaythawittayalert, 23, dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Rakyat Da Nang semalam.

Dia yang mengusahakan kedai telefon bimbit di Thailand dikatakan menerima pesanan teks daripada seorang lelaki, Do Rrik pada September 2023.

Rrik dikatakan mahu membeli 20 iPhone 15 Pro Max dengan alamat penghantaran di Vietnam.

Tertuduh membelanjakan lebih 1 juta baht (RM130,266) dan bersetuju untuk menjual telefon itu kepada Rrik pada harga 56,000 baht (RM7,295) untuk setiap satu.

Dia kemudian membawa peranti-peranti itu secara terus dari Thailand ke Vietnam melalui jalan udara. 

Bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, tertuduh memasukkan bungkusan telefon itu ke dalam kotak dan mencampurkannya dengan makanan ringan.

Namun, tindakannya dapat dikesan oleh pihak kastam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI