fbpx

Lelaki belanja hanya RM35,000 kunjungi 18 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Eropah pada Februari 2023. – SWNS

OSLO – Seorang lelaki Norway yang membelanjakan cuma £6,000 (RM35,721) untuk melawat 18 negara menyatakan, dia mengamalkan petua sendiri untuk menjimatkan wang, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Robert Michelsen memulakan pengembaraan solonya mengelilingi Benua Eropah pada Februari 2023.

Michelsen, 21, berkata, dia makan telur mentah dan lobak serta tidur di dalam gua untuk berjimat.

“Saya banyak makan telur mentah dan lobak. Saya tidur di dalam gua dan di tepi pantai. Ia adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kebebasan dan menjimatkan kos,” katanya.

Michelsen menjelajah 13 negara dalam masa enam bulan sebelum kembali ke Norway pada Ogos 2023. Dia menganggarkan hanya membelanjakan sekitar £4,273 (RM25,436) untuk penerbangan, penginapan, makanan dan aktiviti lain.

Selepas empat bulan berehat di rumah, Michelsen menyambung pengembaraannya dengan berkunjung ke Hungary, Slovakia, Austria, Maghribi dan Britain dengan perbelanjaan sebanyak £1,700 (RM10,119).

Negara lain yang turut dilawati oleh Michelsen termasuk Portugal, Serbia, Croatia, Poland, Sepanyol, Perancis, Monaco, Itali, San Marino, Montenegro, Kota Vatican dan Bulgaria. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI