fbpx

Lebih 400 mangsa banjir dipindah ke PPS di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di sekitar Kampung Kubu Gajah, Selangor pagi ini.

SHAH ALAM – Seramai 403 mangsa daripada 88 buah keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda khususnya di Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, berdasarkan jumlah berkenaan didapati sebanyak 364 mangsa berada di PPS Sekolah Merbau Sempak manakala selebihnya 39 orang di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Desa Coalfields.

“Ini melibatkan kategori mangsa terdiri 228 individu dewasa, warga emas (28), kanak-kanak (133), bayi (11) dan tiga adalah Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Bomba turut membuka pangkalan kawalan hadapan di PPS Sekolah Merbau Sempak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 10 kawasan terjejas banjir dengan paling tinggi di sekitar Kampung Kubu Gajah iaitu tujuh lokasi diikuti masing-masing satu di Kampung Melayu Subang, Kampung Sri Aman dan Taman Saujana Aman.

Ujarnya, sebanyak 40 anggota telah digerakan dalam operasi banjir tersebut melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong, Rawang, Sungai Buloh dan Bestari Jaya.

“Turut dimobilisasikan adalah masing-masing empat kenderaan utiliti dan jentera selain tiga bot. Kita telah melakukan pemindahan terhadap 200 mangsa banjir,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI