fbpx

Kenneth Soh dilantik Pengurus Negara PropertyGuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenneth Soh

PETALING JAYA – PropertyGuru Group Ltd. (PropertyGuru) mengumumkan pelantikan Kenneth Soh sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia bagi menggantikan Pengurus Negara sedia ada  Sheldon Fernandez yang bakal melepaskan jawatannya pada 30 April ini.

Soh sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pemasaran, Pertumbuhan dan Komunikasi di Shopee Malaysia memiliki pengalaman meluas dalam bidang kepimpinan komersial, operasi dengan mencapai rekod kejayaan dalam perniagaan e-dagang serta memimpin transformasi digital berskala besar.

Menurut Pengarah Urusan Pasaran PropertyGuru, Jeremy Williams, sebagai Pengurus Negara, Soh akan diberi mandat memimpin pertumbuhan kedua-dua laman web hartanah syarikat tersebut dan akan memimpin strategi yang memberikan nilai kepada pencari hartanah serta rakan-rakan pelanggan selain  memantau operasi komersial kedua-dua laman web hartanah tersebut. 

Kami teruja mempunyai seseorang dengan kepimpinan berdasarkan nilai, pemikiran strategik dan kebijaksanaan komersial untuk memimpin PropertyGuru Malaysia.

“Kemahiran ini akan membantu memacu pertumbuhan ketika kami berusaha untuk membimbing sektor hartanah membuat keputusan dengan yakin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Soh teruja untuk menyertai pasukan dinamik di PropertyGuru Malaysia. 

“Ini adalah peluang yang menarik untuk menyumbang kepada peningkatan ekosistem hartanah di Malaysia ke tahap kelas dunia dan memastikan pengalaman pelanggan yang luar biasa untuk rakan-rakan perniagaan dan pengguna kami. 

“Kami akan terus menyediakan penyelesaian inovatif untuk pasaran hartanah Malaysia sambil  memperkasakan komuniti untuk hidup, bekerja, dan berkembang di bandar-bandar masa depan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI