fbpx

‘Dahsyat jem dekat Tol Sungai Besi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik sesak sekitar Plaza Tol Sungai Besi pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan dari Plaza Tol Sungai Besi di sini menghala ke pusat bandar dilaporkan sesak dan perlahan pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, aliran trafik perlahan itu bermula pada pukul 7.26 pagi melibatkan beberapa jalan utama menuju ke ibu negara.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakaan tersebut lebih-lebih lagi ia berlaku pada waktu puncak.

“Pukul 7 pagi dari Kinrara, 40 minit (kenderaan) baru bergerak empat kilometer (km), 100 minit pula bergerak 12km, dahsyat jem (sesak) dekat Tol Sungai Besi,” kongsi seorang pengguna.

“Aku buat open house (rumah terbuka). Marilah datang, lokasi kat Tol Sungai Besi, parkir bebas,” kata seorang lagi pengguna yang terperangkap di Plaza Tol Sungai Besi sewaktu dalam perjalanan menuju ke Klang.

“Aku tak tahu apa yang berlaku (punca kesesakaan), tetapi jem Tol Sungai Besi kali ini tak relaks, penangan orang balik beraya ke?” komen @aidil27fitri di laman X.

“Apa benda jem Tol Sungai Besi melampau hari ini,” kata @zetyneny yang turut terperangkap dalam kesesakan tersebut.

Walau bagaimanapun, keadaan trafik sesak itu dilaporkan kembali lancar menjelang tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI