fbpx

Amaran cuaca buruk di Klang, Kuala Langat hingga tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di sepuluh negeri termasuk Klang dan Kuala Langat, Selangor.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir yang dikeluarkan melibatkan Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian) itu dijangka berlarutan sehingga menjelang malam nanti.

“Hujan lebat dan ribut petir itu juga dijangka tertumpu di Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

“Dalam pada itu, turut sama terkesan dengan cuaca buruk itu beberapa kawasan di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu dan Dungun serta Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang termasuk Kelantan,” ujar MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook.

Sementara itu, MetMalaysia juga menjangkakan hujan lebat dann ribut petir di Sarawak melibatkan Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

“Selain itu di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI