fbpx

12 kes pecah rumah di Terengganu sewaktu musim perayaan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang memantau sebuah rumah yang didaftarkan dalam sistem VSP oleh penghuninya yang pulang beraya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 12 kes pecah rumah dilaporkan di seluruh Terengganu sepanjang musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kesemua rumah yang dipecah masuk itu tidak didaftarkan dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) oleh penghuni yang pulang beraya.

“Setakat ini, 12 kes pecah rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Op Selamat dari 8 hingga 13 April itu sedang disiasat dengan suspek masih dikenalpasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, begitupun, tiada satupun 490 rumah yang berdaftar dengan VSP di negeri ini dipecah masuk penjenayah dalam tempoh sama.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai mengambil serius memanfaatkan sistem VSP setiap kali pulang beraya pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI