fbpx

[VIDEO] Trafik sesak, banjir kilat di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial memaparkan banjir kilat di Jalan Sungai Buloh berhampiran Damansara Damai.

PETALING JAYA – Keadaan trafik di Jalan Sungai Buloh berdekatan Damansara Damai dilaporkan sesak lebih 40 minit ekoran banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik pengguna di Facebook, lokasi banjir kilat adalah berdekatan dengan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh.

Keadaan banjir kilat tersebut menyebabkan kenderaan seperti kereta dan motosikal tersangkut dan tidak dapat bergerak kerana paras air yang agak tinggi.

“Air naik sampai separuh motosikal. Ada abang bawa motosikal nak redah, tapi motosikalnya mati sebab air tinggi.

“Air sangkut tidak boleh ke longkang besar yang menyebabkan banjir dan jem tidak bergerak,” tulis seorang pengguna dikenali Safwan Zahari yang turut memuat naik satu video.

Selain itu menerusi video yang dimuat naik pengguna lain juga memaparkan gambaran dari atas jejantas yang memperlihatkan keadaan lalu lintas sesak akibat banjir kilat tersebut.

Sementara itu, menurut Astro Radio Traffic, beberapa kawasan lain seperti di Subang Jaya, Petaling Jaya, Bandar Sunway dan beberapa lokasi sekitar ibu negara turut berdepan dengan banjir kilat.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri di Semenanjung sehingga pukul 6 petang ini

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, cuaca buruk di sebelah petang yang tertumpu di kebanyakan negeri Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, dan Johor itu berikutan fenomena penumpuan angin dari pelbagai arah di kawasan perairan Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI