fbpx

[VIDEO] Penduduk Cina rata jalan, mudahkan perantau terkandas kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Zairul Annuar pada Facebook beberapa masyarakat Cina membantu perantau Melayu melalui jalan ladang kelapa sawit.

PETALING JAYA – Sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini memupuk semangat muhibah apabila terdapat penduduk Cina di sebuah kawasan di Perak membantu melancarkan perjalanan anak perantau yang pulang beraya menggunakan laluan kebun kelapa sawit.

Menerusi perkongsian Zairul Annuar di laman Facebook, beberapa masyarakat Cina memanggil jengkaut untuk meratakan jalan berbukit dan sukar dilalui oleh kenderaan biasa.

Individu itu mendakwa disebabkan jalan sesak di lebuh raya dari Simpang Pulai menuju ke arah selatan, dia melalui susur Gopeng untuk menggunakan jalan dalam.

Menurutnya, dia melihat beberapa kereta dari arah bertentangan berhenti dan memaklumkan jalan di hadapan tidak dapat digunakan dan perlu berpatah balik.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan untuk berpatah balik, Zairul diarahkan oleh sekumpulan penduduk untuk berhenti menunggu sehingga kerja penyelenggaraan jalan selesai.

“Bos, you mahu pergi KL kan? Jangan patah balik, jalan depan tadi tak boleh jalan (dilalui)? Tak apa kita bawa backhoe (jengkaut) untuk repair (baiki) jalan. Tunggu sekejap, tak perlu berpatah balik, jalan Ladang Bikam sesak teruk sebab accident (kemalangan) baik ikut Jalan Bidor untuk sampai KL,” ujar seorang lelaki Cina.

“Hati saya berasa terharu. Penduduk Cina di sini ada sikap peduli mahu membantu kelancaran perjalanan orang Melayu pulang dari kampung menuju ke Kuala Lumpur. Mereka keluar rumah sama-sama untuk bergotong-royong,” kata pemilik hantaran ini.

Jarak sepanjang kebun kelapa sawit tersebut adalah sejauh kira-kira 3km. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI