fbpx

Kedai nasi tomato popular hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran melibatkan dua buah gerai di Batu Lanchang, hari ini.

GEORGE TOWN – Dua buah premis termasuk sebuah gerai menjual nasi tomato popular di Batu Lanchang, di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 10.37 pagi itu.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, A’azelan Hassan berkata, sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan dua buah gerai.

“Anggaran peratusan keseluruhan kemusnahan bagi kedua-dua buah gerai adalah 70 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan tiga buah motosikal iaitu jenis Yamaha NVX dengan anggaran peratusan kemusnahan 60 peratus, Honda EX5 (anggaran peratusan kemusnahan lima peratus) dan SYM E-bonus (anggaran peratusan kemusnahan 90 peratus),” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak bomba membuat ‘size up’ dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.52 pagi dan telah dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.59 pagi.

”Tiada mangsa terlibat, punca dan anggaran kerugian masih disiasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI