fbpx

Tentera Darat serius kekang penyeludupan senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafizuddeain pada sidang akhbar selepas beramah mesra serta menyampaikan sumbangan kepada anggota tentera yang bertugas di kawasan operasi sempena Aidilfitri di Markas Taktikal Kem Gubir di Sik, hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

SIK – Setiap pegawai dan anggota tentera yang diberi tanggungjawab menjaga sempadan negara perlu memandang serius kes penyeludupan senjata api.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, pemilikan senjata api oleh warga tempatan dan asing sejak kebelakangan ini menunjukkan kegiatan itu mungkin melibatkan aspek penyeludupan haram di samping barang terlarang lain terutama dadah.

“Kita tidak tahu di mana punca dan asal senjata-senjata itu dibawa masuk tetapi kita yakin kemungkinan penyeludupan melalui sempadan negara adalah salah satu caranya.

“Jadi, kita merupakan barisan pertama yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menghalang sebarang aktiviti penyeludupan melibatkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama anggota bertugas di Kem Gubir, di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan penyiasatan atau tangkapan kes-kes membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku dalam tempoh terdekat ini, Tentera Darat tetap mengambil iktibar susulan kejadian itu.

“Kita sedia maklum kes (lelaki warga Israel dan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) masih dalam siasatan polis tetapi sebagai sebahagian pasukan keselamatan kita ambil iktibar terutama dari segi keberadaan senjata haram yang boleh didapati di negara ini.

“Jadi sebagai langkah berjaga-jaga saya ingatkan kepada semua panglima dan anggota operasi supaya menganggap perkara ini sebagai serius walaupun kita tidak terlibat secara langsung agar pihak tidak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya seludup bahan terlarang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI