fbpx

Hafizul tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZUL dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman . - KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Hafizul Harawi, 38, lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman.

Semalam, lelaki tersebut ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam, di sini kira-kira pukul 2 petang selepas menjadi buruan selama 37 jam.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi semalam di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi.

Berita lanjut menyusul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI