fbpx

Piala Asia B-23: Skuad muda Harimau Malaya selesa bergelar ‘underdog’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garrido (kiri) hadir pada sidang media pra perlawanan yang berlangsung di Doha sebentar tadi. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara lebih selesa dengan status underdog menjelang aksi pembuka tirai Kumpulan D saingan saingan Piala Asia B-23 malam esok.

Pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido berkata, persiapan lebih dua di Doha membantu anak-anak buahnya menyesuaikan diri dengan keadaan dan bersedia untuk mencuri mata menentang Uzbekistan nanti.

“Sejak menjalani latihan pusat di sini awal bulan ini, kita telah kenal pasti dan perbaiki setiap kelemahan yang ada.

“Apa yang pasti, saya percaya kita sudah bersedia untuk bertemu Uzbekistan.

“Barisan pemain juga tidak gentar dengan status Uzbekistan selaku pilihan dan kami jangkakan perlawanan yang sukar nanti,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Tiga pasukan terbaik pada kempen Piala Asia B-23 akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad muda Harimau Malaya Muda kempen Piala Asia B-23 adalah mara ke suku akhir edisi 2018 di China sebelum tewas 1-2 di tangan Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI