PETALING JAYA – “Tahniah pemilik kandungan!”
Demikian reaksi Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan wanita berbangsa India memeriahkan sambutan Aidlfitri tahun ini dengan menari sambil diiringi lagu raya.
Beliau berkata, perpaduan mesti dipelihara dan dihargai oleh setiap individu di negara berbilang kaum seperti Malaysia.
“Selama puluhan dekad, kita hidup dalam suasana aman damai, saling menghormati dan berinteraksi antara satu sama lain di negara berbilang kaum seperti Malaysia.
“Kita juga bernasib baik kerana dapat meraikan pelbagai perayaan serta budaya termasuk Aidilfitri dalam suasana aman dan harmoni,” katanya sebentar tadi.
Terdahulu Kosmo! melaporkan perkongsian video TikTok oleh @cine_dance memaparkan seramai 11 penari menyanyi dan menari lagu raya popular, Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam sehingga meraih perhatian ramai.
Selain itu, mereka turut memperagakan pakaian tradisional Melayu iaitu kebaya, baju kurung dan kaftan sekali gus menyemarakkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri tahun ini. – KOSMO! ONLINE
@cine_dance ALAMAK RAYA LAGI by Cine Dance 🎉✨ We put our hearts into it and hope you love it as much as we do. Please watch and share it with your friends and family🌻 @De Fam @Azira Shafinaz @cikmanggis @Sophialiana 📍 Lembaga Muzium Negeri Sembilan Dancers: @Thaneswari Rajenthiran @Matheyarasi Sugumar @Nisha_official @Huma15 @kishalini @_harrshala_ @itz.pavv_ @jeyavicknesjeyraman @yuvnahere @tamaraa_4177 @neena_ramu Video/editor: @via.clicks @K I S H E N_R A O #teamcinedance #cinedance #alamak #alamakrayalagi #raya #raya2024 #selamathariraya #dance #rayadance ♬ Alamak Raya Lagi – SY4ZW4NI