fbpx

Hafizul tiba di Subang, siasatan lanjut diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizul diiringi anggota polis ketika tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM, Subang, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SUBANG – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang selamat tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.

Hafizul Harawi, 38, yang menaiki pesawat jenis King Air B300 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Kota Bharu, Kelantan tiba di sini pada pukul 2 petang.

Lelaki itu yang memakai baju lokap dan pelitup muka kemudian dibawa menaiki kereta dengan diiringi sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.

Lelaki tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.

Turut kelihatan menaiki pesawat sama ialah Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Terdahulu, Hafizul Hawari ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu pada pukul 3 petang semalam.

Lelaki itu ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh sepasukan pegawai dan anggota D9 JSJ Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI