fbpx

Hafizul seorang hafiz, pernah belajar pondok di Pasir Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika menunjukkan gambar Hafizul sewaktu sidang akhbar di KLIA1 kelmarin.

KOTA BHARU – Hafizul Harawi, 38, yang ditahan di depan sebuah hospital swasta di sini bagi membantu siasatan kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin akan dibawa pulang ke Selangor hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut berkait kes tersebut dilakukan secara lebih terperinci.

Menurutnya, polis juga akan memanggil semua saksi-saksi yang terlibat untuk melengkapkan siasatan kes tersebut.

“Suspek berasal dari Selangor dan membesar di Kuala Lumpur. Hubungannya dengan Kelantan adalah dia pernah belajar di pondok di Repek, Pasir Mas dekat sini.

“Dia juga mempunyai pengetahuan agama. Ujian yang dilakukan semalam mendapati, suspek fasih dengan ayat al-Quran dan merupakan seorang hafiz,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI