fbpx

Hafizul dicekup semasa dalam perjalanan ambil laporan perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di jalan Bayam, Kota Bharu inilah Hafizul ditahan sepasukan anggota polis semalam.

KOTA BHARU – Hafizul Harawi, 38, yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin dicekup semasa dalam perjalanan untuk mengambil laporan perubatan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Perdana di sini sebelum ini dan laporan tersebut sudah siap.

Menurutnya, lelaki itu bagaimanapun ditahan kira-kira pukul 3 petang semasa berada di pekarangan hospital tersebut.

Mohd. Shuhaily (dua dari kiri) dan menunjukkan peluru yang dirampas bersama suspek manakala Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menunjukkan pistol digunakan oleh suspek semasa kejadian. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

“Masih terlalu awal untuk saya katakan bahawa laporan perubatan itu digunakan untuk permohonan visa.

“Siasatan mendapati, dia pernah datang ke hospital ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum kejadian tembakan. Suspek datang ke hospital itu untuk mengambil laporan kesihatan yang dikatakan sudah siap,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily memberitahu, keadaan fizikal dan mental suspek juga dilihat normal semasa dia ditahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI