fbpx

EPMB bakal keluarkan model x55ii, BJ40, EV di Melaka tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidon Abdullah

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah memeterai Perjanjian Pemasangan Kenderaan utama dengan BAIC International Development Co. Ltd (BAIC) bertujuan untuk mengukuhkan hubungan strategik syarikat untuk pelabur asing dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Di bawah syarat perjanjian  tersebut, EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, Peps-JV (Melaka) Sdn. Bhd. akan melaksanakan pemasangan dan pengeluaran kenderaan BAIC iaitu bagi model  x55ii, BJ40+ dan barisan  kenderaan elektrik (EV) yang dijadualkan dilancarkan tahun depan.

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, BAIC akan menyediakan sokongan teknikal dan latihan yang berkaitan, serta bimbingan dan penyeliaan terhadap proses pemasangan dan pembuatan. 

EPMB pula akan bertindak sebagai pemasang kenderaan, memastikan kenderaan BAIC dipasang dengan teliti untuk memenuhi standard kualiti dan prestasi tertinggi serta bertanggungjawab ke atas penjualan dan pemasaran kenderaan untuk memaksimumkan penembusan pasaran dan keterlihatan jenama di ASEAN.

“Saya teruja melihat momentum positif yang diperoleh syarikat kami dan EPMB sedang mengemudi agenda dengan arah yang baharu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Hamidon, pakatan sinergistik antara EPMB dan BAIC ini menunjukkan gabungan kepakaran Malaysia dan China dengan peluang pertumbuhan bersama, meletakkan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi penting aktiviti pengeluaran BAIC, memupuk pertumbuhan, penciptaan pekerjaan dan kemajuan teknologi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI