fbpx

Brother Malaysia, Kolej Sunway sumbang mesin jahit bantu golongan palsi selebral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tsutomu Takaki (kanan, belakang) melihat ahli persatuan mencuba mesin jahit yang baru ditaja Brother di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Brother ­International Malaysia (Brother Malaysia) bekerjasama dengan Kolej Sunway & Stylo dan Hab Teknologi Rekaan Fesyen (Kolej Sunway) telah menaja me­sin jahit dan keperluan lain untuk melengkapkan bilik menjahit Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor dan Wilayah Per­sekutuan.

Mesin jahit ini akan membantu ahli persatuan menjalani sesi latihan bersama kakitangan Brother Malaysia dan pelajar Kolej Sunway.

Matlamat usaha ini adalah untuk memperkasakan individu yang ketidakupayaan spastik dapat meningkatkan kemahiran diri dan daya kreativiti serta membentuk kemahiran pratikal dalam kelas ­jahitan.

Pengarah Urusan Brother Malaysia, Tsutomu Takaki berkata, pihaknya percaya setiap individu layak mendapat peluang untuk mencapai potensi diri sepenuhnya.

“Kami berbangga dapat menjayakan projek sokongan bersama Kolej Sunway,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Selain itu, Presiden persa­tuan tersebut, Datuk Hong Yee Keong menjelaskan, tajaan mesin jahit ini membuka pe­luang yang besar kepada kanak-kanak palsi selebral.

“Ia memberikan harapan dan kemahiran bernilai bagi membentuk ilham dan semangat berdikari dalam kanak-kanak palsi selebral,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI